Search This Blog

Saturday, January 19, 2013

Toksin Dalam Badan (?_?)


Toksin dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran Pencemaran tersebut berpunca dari pemakanan dimana ianya mengandungi bahan kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia  menjadi teruk apabila mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya  terjadi pelbagai penyakit seperti  barah, migrain dan sebagainya.


~Pemilihan Makanan Amat Penting Untuk Kesihatan Manusia~

TAHUKAH ANDA?
Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  sakit gout, kulit menjadi kusam  dan sebagainya  lagi.

Toksin terdapat pada seluruh organ manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan sebagainya.  Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh   hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.
Apakah itu toksin?
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Simptom-simptom toksin berlebihan

  1. Sering keletihan , kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, bau badan.
  2. Insomnia (masalah sukar tidur), mata gelap dan mata merah.
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas.
  4. Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah.
  5. Masalah sistem percernaan seperti sembelit dan kembung perut.
  6. Masalah sendi seperti lenguh-lenguh badan.
  7. Masalah kulit seperti jerawat dan "eczema"
  8. Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit alzheimer.

Tanda-tanda lain

  • Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
  • Bahagian-bahagian tertentu dipermukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap darpada warna kulit asal.
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.
Punca- punca toksin
1. Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
2. Pemakanan ubat-ubatan kimia   
3. Merokok   
4. Pengambilan minuman keras  
5. Pemakanan yang tidak seimbang

Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
    a) Makan makanan yang kaya dengan fiber
    b) Cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
    c) Ambil Vitamin C
    d) Minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
    e) Breathe deeply
    f) Bot shower 5 minit
    g)Sauna
    i) Exercise

Toksin mempengaruhi emosi

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Ciri-ciri emosi individu yang dipengaruhi oleh toksin :-

  1. Kerap marah
  2. Emosional
  3. Sering tidak tenang
  4. Tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut serta sistem limfa tak berfungsi normal.
    


No comments:

Post a Comment